Skip to main content
Admin Login
PTM MEMPERKASA MINDA, MEMBENTUK WARGA KOMPETEN
Program Transformasi Minda

PTM Memperkasa Minda, Membentuk Warga Kompeten

Memperkasa Kecermelangan Penyampaian Perkhidmatan USM

8–12 Jun 2026 Dewan Bankuet, Bangunan Canselori II, Kampus Induk USM 74 Peserta
Program Transformasi Minda Kumpulan Pelaksana 2026
Program Transformasi Minda (PTM) Kumpulan Pelaksana melibatkan 74 orang peserta dan berlangsung selama lima hari di Kampus Induk USM.

Pusat Transformasi Insan (PTI), Kampus Induk telah berjaya menganjurkan Program Transformasi Minda Siri 3/2026 Kepada Kumpulan Pelaksana yang melibatkan seramai 74 orang peserta bermula 8 hingga 12 Jun 2026 dan disusuli PTM siri 4/2026 melibatkan 55 orang peserta bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) serta Pelaksana pada 17 hingga 21 Ogos 2026. Manakala, bagi Kampus Kesihatan juga telah berlangsung PTM pada 20 hingga 24 september 2026 melibatkan 96 orang staf.

Sebagai salah satu komponen penting dalam proses pengesahan dalam perkhidmatan, PTM bukan sekadar memenuhi keperluan perkhidmatan, malah menjadi platform untuk membentuk warga universiti yang memahami nilai, etika dan budaya kerja dalam perkhidmatan awam serta konteks Universiti Sains Malaysia.

Aktiviti Program Transformasi Minda Kumpulan Pelaksana
PTM menjadi platform pembangunan sahsiah, pemerkasaan kompetensi dan pengukuhan budaya kerja cemerlang dalam kalangan staf pelaksana.

Sepanjang program yang berlangsung selama lima hari , peserta didedahkan kepada pelbagai pengisian yang membantu memperkukuh sahsiah, kompetensi dan profesionalisme, di samping meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai warga perkhidmatan awam. Pendekatan pembelajaran yang interaktif turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pandangan, membina jaringan dan mengembangkan perspektif baharu dalam melaksanakan tugas. Komitmen, semangat kerjasama dan penglibatan aktif yang ditunjukkan sepanjang lima hari program mencerminkan kesediaan peserta untuk terus berkembang sebagai warga kerja yang berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Setiap ilmu dan pengalaman yang diperoleh diharapkan tidak terhenti sepanjang program, sebaliknya diterjemahkan dalam amalan kerja serta interaksi seharian.

Peserta Program Transformasi Minda Kumpulan Pelaksana
Pengisian program menyokong pembentukan warga pelaksana yang berdisiplin, berintegriti, kompeten dan berdaya saing.

Penganjuran PTM diharapkan dapat melahirkan warga USM yang bukan sahaja bersedia menghadapi tuntutan kerjaya, tetapi turut mempunyai aspirasi untuk terus belajar, berkembang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan universiti.

Peserta Program Transformasi Minda Kumpulan Pelaksana
Fokus Utama

Membentuk warga pelaksana yang berintegriti, berdisiplin, kompeten dan mempunyai jati diri yang kukuh dalam menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan USM.