Memperkasa Kompetensi Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran anda melalui kursus dalam talian berasaskan video yang fleksibel, praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.
Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kini Lebih Mudah
training.usm.my ialah platform pembelajaran dalam talian oleh Universiti Sains Malaysia yang menyediakan akses kepada kandungan latihan berasaskan video untuk masyarakat umum, profesional dan organisasi.
Ketahui lebih lanjutKategori kursus
Pilih Pembelajaran yang Sesuai dengan Keperluan Anda
Terokai kandungan yang membantu perkembangan kendiri, penguasaan teknologi dan kemahiran profesional mengikut bidang.
Kompetensi Teras
Pembangunan diri & profesionalMembangunkan kemahiran asas untuk perkembangan diri dan profesional yang boleh diaplikasi dalam organisasi
- Komunikasi
- Kepimpinan dan pengurusan strategik
- Pengurusan masa
- Kerja berpasukan
- Penyampaian perkhidmatan
ICT
Teknologi untuk kehidupan dan kerjaTingkatkan keyakinan dan keupayaan menggunakan teknologi dalam dunia kerja dan aktiviti harian.
- Kemahiran digital
- Aplikasi produktiviti
- Keselamatan siber
- Kecerdasan buatan (AI)
- Pengurusan data
Kompetensi Berfokus
Kemahiran profesional berfokusPerkukuh pengetahuan dan keupayaan berdasarkan bidang tugas, peranan atau profesion anda.
- Pentadbiran & pengurusan
- Kewangan & perolehan
- Sumber manusia
- Kesihatan & keselamatan
- Bidang teknikal khusus
Kenapa memilih di training.usm.my?
Fleksibel, Mudah, Cepat, Padat dan Tepat.
Belajar Secara Fleksibel
Ikuti pembelajaran di mana saja anda berada pada bila bila masa.
Kandungan Berasaskan Video
Penerangan jelas dan boleh ditonton semula.
Topik Relevan & Praktikal
Ilmu boleh diaplikasikan dalam kerja.
Mengikut Keperluan
Pilih kursus mengikut minat dan perkembangan.
Akses Pelbagai Peranti
Komputer, tablet atau telefon pintar.
Ekosistem pebelajaran cara USM
Kepakaran dan pengalaman universiti.
Cara ia berfungsi
Mulakan Pembelajaran dalam 4 Langkah Mudah
Terokai Kursus
Cari kursus mengikut kategori, topik atau kemahiran yang anda perlukan.
Daftar Akaun
Daftar sebagai pengguna dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Ikuti Pembelajaran
Tonton video, rujuk bahan dan lengkapkan aktiviti yang disediakan.
Tingkatkan Kemahiran
Gunakan pengetahuan yang dipelajari untuk perkembangan diri dan kerjaya.
Terbuka untuk semua
Sesuai untuk Anda
Tidak kira latar belakang atau tahap pengalaman, sentiasa ada ruang untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Tentang portal
Dibawakan oleh Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia
Pusat Transformasi Insan atau PTi merupakan pusat pembangunan modal insan Universiti Sains Malaysia yang menyediakan program latihan dan pembangunan kompetensi bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta profesionalisme. Melalui training.usm.my, ekosistem pembangunan bakat PTi diperluaskan kepada masyarakat umum melalui peluang pembelajaran dalam talian yang fleksibel, relevan dan berkualiti.
Soalan lazim
Perkara yang Mungkin Anda Ingin Tahu
Kursus terbuka kepada orang awam, penjawat awam, profesional, pekerja industri, usahawan, graduan, pelajar dan organisasi, tertakluk kepada syarat khusus bagi setiap kursus.
Pembelajaran dijalankan secara dalam talian melalui video, bahan rujukan dan aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti mengikut struktur kursus.
Ya. Portal direka supaya responsif dan boleh diakses melalui komputer, tablet atau telefon pintar yang mempunyai sambungan internet.
Ketersediaan sijil bergantung pada struktur, syarat penyertaan dan keperluan penyempurnaan bagi setiap kursus. Maklumat ini akan dinyatakan pada halaman kursus berkenaan.