Tentang PTi
Pusat Transformasi Insan
Pusat Transformasi Insan (PTi) Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan sebagai pemacu utama pembangunan bakat dan transformasi institusi untuk menyokong agenda kecemerlangan universiti.
Bermula sebagai Pejabat Transformasi USM pada 2011, PTi kini mengintegrasikan pelbagai inisiatif pembangunan sumber manusia melalui pendekatan strategik dan berimpak tinggi. PTi berperanan memperkasa staf melalui pelbagai program berteraskan kompetensi, nilai teras universiti, dan budaya kerja berprestasi tinggi. Antara program utama yang ditawarkan termasuk latihan kompetensi teras, pembangunan profesional berterusan melalui MyCPD dan Program Transformasi Minda (PTM) untuk staf baru. PTi turut mentadbir urus inisiatif inovasi seperti Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) untuk memperkukuhkan kualiti organisasi dan Tabung Latihan Staf Pentadbiran (TLSP) yang menyokong pembangunan profesional staf. PTi komited untuk memastikan pencapaian jangka panjang universiti sebagai institusi lestari dan berprestasi tinggi.
VISI
Membangunkan Bakat Berprestasi Tinggi Untuk Kelestarian Masa Hadapan
MISI
Membangun, memperkasa dan menyediakan bakat yang kompeten berteraskan kompetensi dan rukun nilai USM yang membudayakan kerja berprestasi tinggi sejajar dengan Misi dan Visi USM.
People@PTi