Skip to main content
The Power Of Service Delivery: Kecekapan Yang Membina Kepercayaan
Kampus Kesihatan, USM

The Power Of Service Delivery: Kecekapan Yang Membina Kepercayaan

Memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, tepat dan profesional sebagai asas membina keyakinan serta kepercayaan pelanggan.

12 Ogos 2026 Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan
The Power Of Service Delivery Kecekapan Yang Membina Kepercayaan
Program The Power Of Service Delivery: Kecekapan Yang Membina Kepercayaan memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan konsisten.

Pusat Transformasi Insan (PTI), Kampus Kesihatan telah melaksanakan kursus The Power Of Service Delivery: Kecekapan Yang Membina Kepercayaan pada 12 Ogos 2026 di Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan. Program ini disampaikan oleh Pn. Norwahidah Bt Wahi, Penyelia Jururawat U9, Jabatan Kejururawatan, Hospital Pakar USM.

Kursus ini bertujuan memberi panduan tentang kepentingan penyampaian perkhidmatan yang cekap sebagai asas dalam membina keyakinan dan kepercayaan pelanggan.

Perkhidmatan yang berkualiti mampu memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan apabila disampaikan secara cekap, berkesan dan konsisten sehingga memenuhi atau melebihi jangkaan pelanggan.

Sesi The Power Of Service Delivery
Peserta didedahkan kepada konsep kecekapan dalam tindakan, komunikasi berkesan, kepekaan terhadap keperluan pelanggan dan pengurusan situasi.

Melalui perkongsian dan pengalaman Pn. Norwahidah Wahi, peserta didedahkan kepada aspek penting dalam penyampaian perkhidmatan, antaranya definisi kecekapan dalam tindakan, elemen dalam membina kepercayaan, komunikasi berkesan, kepekaan terhadap keperluan pelanggan serta pengurusan situasi.

Aktiviti peserta The Power Of Service Delivery
Penyampaian perkhidmatan yang pantas, tepat, mesra dan profesional membantu meningkatkan kepuasan pelanggan serta reputasi organisasi.

Di akhir program, peserta memahami bahawa kepercayaan bukan dibina melalui kata-kata, tetapi melalui setiap tindakan yang dilakukan. Setiap staf merupakan wajah organisasi.

Perkhidmatan yang pantas, tepat, mesra dan profesional bukan sahaja meningkatkan kepuasan pelanggan, malah membentuk reputasi dan kepercayaan terhadap organisasi.

Aktiviti peserta The Power Of Service Delivery
Fokus Utama

Membina kepercayaan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, konsisten, mesra dan profesional, sekali gus memperkukuh reputasi organisasi.