Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Membina Jaringan Strategik, Menggandakan Peluang & Kerjasama pada 21 Julai 2026 (Selasa), dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan USM.
Program di bawah Kompetensi Teras (Jaringan dan Perhubungan) ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohamed Saat bin Hj. Ismail, Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA).
Program ini memberi penekanan kepada kepentingan membina jaringan strategik yang kukuh sebagai salah satu elemen penting dalam memperluas peluang dan memperkasakan kerjasama profesional.
Peserta didedahkan kepada pendekatan membina hubungan berasaskan kepercayaan, komunikasi berkesan, perkongsian kepakaran serta strategi memanfaatkan jaringan sedia ada bagi membuka ruang kepada peluang dan kolaborasi baharu.
Melalui pengisian yang disampaikan, peserta berpeluang meningkatkan keupayaan dalam membina dan mengurus jaringan secara lebih strategik, mengenal pasti peluang kerjasama serta membentuk hubungan profesional yang mampu memberikan nilai tambah kepada individu dan organisasi.
Pendekatan ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kolaborasi dan jaringan dalam kalangan warga USM serta menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kecemerlangan organisasi.
Memperkukuh jaringan profesional dan kolaborasi strategik bagi membuka peluang baharu serta mencipta nilai kepada organisasi. Program ini memperuntukkan 3 Mata CPD, dan peserta boleh melengkapkan e-Survey melalui Passport USM atau myCPD bagi membantu PTI dalam proses rekod dan pengurusan mata CPD.