Dalam konteks organisasi, pekerja yang kompeten mampu menghasilkan kerja yang berkualiti, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kesilapan serta memberi pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
Bagi memperkukuh kompetensi dan kecemerlangan warga kerja, latihan Unleash Competency For Professional Excellence yang dikendalikan oleh En. Zukernain Wok, Konsultan daripada i-Excel Sdn Bhd, telah dilaksanakan pada 7 Jun 2026 untuk kumpulan staf gred 1–15 bertempat di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada kepentingan membangunkan kompetensi secara berterusan sebagai asas kepada prestasi kerja yang cemerlang.
Latihan ini turut menekankan pembangunan sikap profesional, peningkatan kemahiran insaniah, pemikiran strategik serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan bagi menghadapi cabaran organisasi yang semakin dinamik.
Program ini diharapkan dapat menyuntik inspirasi kepada warga USM untuk terus meningkatkan keupayaan diri, mengoptimumkan potensi yang dimiliki dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat demi menyokong penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta kecemerlangan institusi.
Memperkasa kompetensi, profesionalisme, kemahiran insaniah dan kebolehsuaian warga kerja bagi menyokong prestasi tinggi serta kecemerlangan institusi.