Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah berjaya menganjurkan program The Power of Strategic Thinking: Shifting Direction, Creating Value pada 28 Jun 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM Kampus Kesihatan selama enam jam.
Program ini merupakan latihan di bawah Kompetensi Teras (Pemikiran Strategik) yang bertujuan memperkukuh keupayaan warga universiti membangunkan pemikiran strategik sebagai asas kepada pembuatan keputusan yang berkualiti, berimpak serta selari dengan visi dan hala tuju strategik universiti.
Program telah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Aldrin bin Abdullah, Ketua Kluster Kepimpinan USM, Pejabat Pendaftar, Universiti Sains Malaysia.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada konsep dan kepentingan pemikiran strategik dalam mendepani perubahan landskap organisasi, mengenal pasti peluang dan cabaran secara proaktif, serta mengaplikasikan pendekatan analitikal dan strategik dalam proses membuat keputusan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
Melalui perkongsian pengalaman, perbincangan kes sebenar dan aplikasi praktikal, peserta turut dibimbing untuk mengubah perspektif daripada sekadar melaksanakan tugasan kepada menjadi penyumbang strategik yang mampu mencipta nilai, memacu inovasi dan menyokong agenda transformasi universiti.
Pengisian yang interaktif dan relevan ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja yang lebih proaktif, adaptif, berdaya saing dan berorientasikan kecemerlangan organisasi.
Memperkukuh pemikiran strategik bagi membantu warga universiti menjangka perubahan, membuat keputusan berkualiti, mencipta nilai dan menyokong agenda transformasi USM.