Program Strategic Thinking: Think Beyond the Boundaries telah dilaksanakan pada 23 Jun 2026 bertempat di Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan membangunkan strategic mindset dalam menghadapi cabaran semasa.
Pemikiran strategik bukan sekadar membantu menyelesaikan masalah semasa, malah membolehkan warga kerja melihat gambaran yang lebih besar, menjangka perubahan serta bertindak secara lebih terancang dan berkesan.
Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, reflektif dan praktikal, peserta dibimbing untuk memahami bagaimana keputusan yang dibuat pada peringkat individu boleh memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan.
Sesi ini berjaya memberi perspektif baharu kepada peserta untuk berfikir secara kritis, kreatif dan lebih matang dalam menghadapi cabaran pekerjaan.
Secara keseluruhan, program ini diharapkan menjadi platform untuk memperkukuh budaya pemikiran strategik, meningkatkan keupayaan membuat keputusan serta melahirkan warga Universiti Sains Malaysia yang lebih proaktif, berwawasan dan bersedia menghadapi perubahan.
Membentuk warga kerja yang mampu melihat gambaran lebih besar, menjangka perubahan, membuat keputusan secara strategik dan bertindak dengan lebih proaktif.