Pusat Transformasi Insan (PTI), Kampus Kesihatan telah menganjurkan kursus Networking & Impact: Turning Connections into Collaboration pada 10 Jun 2026. Program ini menampilkan Dato' Professor Aileen Tan Shaw Hwai, Executive Director, Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN), untuk memberi panduan berkaitan kepentingan membina jaringan profesional yang strategik sebagai pemangkin kepada kolaborasi berimpak tinggi.
Sepanjang sesi perkongsian, peserta didedahkan kepada pendekatan membina hubungan yang berasaskan kepercayaan, komunikasi yang berkesan serta mengenal pasti peluang yang berpotensi.
Jaringan profesional yang kukuh bukan sekadar memperluas hubungan, malah membuka peluang kepada perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi dan pemindahan ilmu yang memberi manfaat kepada organisasi serta masyarakat.
Hasil daripada program ini, peserta juga dapat mengenal pasti bahawa hubungan yang bermakna bukan diukur melalui bilangan kenalan, tetapi melalui keupayaan mengubah hubungan tersebut menjadi kolaborasi yang mencipta nilai dan impak lestari.
Membina jaringan yang berasaskan kepercayaan dan komunikasi berkesan, seterusnya mengubah hubungan profesional menjadi kolaborasi yang mencipta nilai serta impak lestari.