Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menganjurkan Credential Training Programme (CTP): Bahasa Inggeris untuk Profesional (Penolong Pegawai Tadbir) pada 29 hingga 30 Jun 2026 bertempat di Pusat Bahasa, Literasi & Terjemahan (PBLT), Kampus Kesihatan.
Program intensif selama dua hari ini dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan Penolong Pegawai Tadbir selaras dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan profesionalisme, keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta kecemerlangan komunikasi di tempat kerja.
Sepanjang program, peserta dibimbing oleh Pn. Fadilah Zakaria dan Pn. Nur Aisyah M. Rizduan melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, praktikal dan berorientasikan aplikasi tugasan sebenar.
Antara kandungan utama yang diketengahkan ialah Salutations, Tone & Politeness, Giving Orders/Directives, Explaining Tasks & Diplomacy, Vocabulary/Word Choice & Synonyms, Notetaking, Draft Outline & Sentence Structure, Spoken English and Written English (Similarities, Differences and the Possible In-betweens) serta Error Analysis.
Program ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan peserta dalam menggunakan Bahasa Inggeris secara profesional malah memperkukuh kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang berkualiti bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berimpak tinggi.
Memperkukuh komunikasi Bahasa Inggeris yang profesional, jelas dan berkesan bagi meningkatkan keyakinan serta kualiti penyampaian perkhidmatan.