Skip to main content

PERKUKUH BUDAYA ILMU DAN PEMBANGUNAN KEPAKARAN WARGA USM

Main

Sabatikal pentadbiran melalui inisiatif Administrative Outreach Program (AOP) Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan empat (4) pegawai yang telah dikenal pasti melalui sesi temuduga penilaian AOP 2025.

Penganjuran sesi ini bertujuan menjadi platform perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang diperoleh oleh peserta sepanjang mengikuti program sangkutan dan latihan profesional dalam bidang fokus masing-masing di institusi dalam dan luar negara. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha universiti dalam memperkasa budaya pembelajaran berterusan, pemindahan ilmu serta pembangunan kompetensi warga universiti.

Peserta yang terlibat ialah Dr. Ahmad Zaimi bin Abdul Latiff yang berkongsi pengalaman berkaitan teknik khatan moden dan berinovasi yang menggunakan kaedah bius tanpa jarum di Rumah Sunat Arrahman, Indonesia.

Puan Norjuliana binti Mohd Noor berkongsi tentang bidang Penentuan Kandungan Etilena Oksida Dalam Sampel Makanan Menggunakan kaedah Headspace GC-MS di Shimadzu Malaysia Sdn. Bhd., Selangor. Kaedah ini dapat membantu pakar dalam mengenalpasti bahan makanan yang boleh menyebabkan kanser kepada tubuh badan.

Dr. Ruhaifi bin Abdullah Zawawi dalam bidang Analog IC Design di Gachon University, Korea Selatan. Beliau mempelajari tenik pembangunan cip analog IC design yang mampu menjadi alat meningkatkan taraf kesihatan.

Puan Ezanaton Nisar binti Omar Hafizi pula mempalajari bidang Embriologi (Pre Genetic Testing/PGT) di Pusat Reproduktif Termaju, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bidang ini mampu mengenalpasti faktor kecacatan genetik lebih awal sebelum dipindahkan ke rahim ibu. Penganjuran program ini akan diteruskan lagi pada tahun 2026 bagi memberi peluang kepada staf dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana sebagai medium memperkasakan bakat dan kemahiran staf di samping mempelajari ilmu baru yang bersesuaian dengan bidang masing-masing.