Skip to main content

TANGANI GANGGUAN SEKSUAL: MEMBINA BUDAYA HORMAT DI TEMPAT KERJA

Main

27 April 2026 - Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan telah menganjurkan program latihan Kompetensi Teras (Penyampaian Perkhidmatan) bertajuk “Tangani Gangguan Seksual: Membina Budaya Hormat di Tempat Kerja” yang mengetengahkan aspek kepentingan kesedaran, pencegahan serta tindakan beretika dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja sebagai asas kepada pembentukan persekitaran kerja yang selamat, profesional dan saling menghormati.

Program ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Zaharah binti Sulaiman, Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan dan dihadiri seramai 70 orang peserta.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pendekatan praktikal dalam mengenal pasti bentuk gangguan seksual, memahami peranan individu dan organisasi dalam pencegahan serta mengaplikasikan saluran pelaporan yang betul di samping penekanan terhadap pembinaan budaya kerja berteraskan integriti, akauntabiliti dan nilai hormat dalam organisasi.

Pelaksanaan program ini selari dengan usaha PTI dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan keselamatan, profesionalisme dan integriti serta meningkatkan keupayaan warga kerja ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih beretika, responsif dan harmoni.