PROGRAM PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN TADBIR URUS KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (PENTADBIRAN)
Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Pemantapan dan Pengukuhan Tadbir Urus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) yang menerima kenaikan pangkat secara "one-off" di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 27 Januari 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Kampus Induk dan pada 3 Februari 2026 (Selasa) di Dewan Persidangan Kampus, Kampus Kesihatan.
Program ini telah disampaikan oleh Pendaftar USM, YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff dan berjaya menghimpunkan seramai 93 orang peserta dari Kampus Induk serta 80 orang peserta dari Kampus Kesihatan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman serta penghayatan prinsip tadbir urus yang baik dalam kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional selaras dengan usaha universiti dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, memperkasa integriti serta memperkukuh kecemerlangan tadbir urus institusi.
