Skip to main content

PTI PERKASA SKIM TERPENCIL MELALUI SESI LIBAT URUS STRATEGIK

Main

27 Februari 2026 - Skim terpencil merujuk kepada skim perkhidmatan yang mempunyai bilangan pegawai kurang daripada 15 orang di universiti. Sesi ini menjadi platform penting dalam memastikan pembangunan bakat dan kompetensi skim berkenaan turut diberi perhatian secara menyeluruh.

Sesi ini juga turut mengetengahkan platform dan peluang program latihan yang boleh diikuti oleh staf melalui anjuran penyedia latihan luar.

Program ini telah dihadiri oleh 50 orang staf yang terdiri daripada 6 skim perkhidmatan yang telah dikenalpasti iaitu Skim Serang (A), Veterinar (GV), Kurator (S), Pembangunan Masyarakat (S), Perancang Bahasa (S) dan Perangkawan (E).