Skip to main content

TOWNHALL PELAKSANAAN DASAR CPD BAHARU 2026

Main

11 Februari 2026 - Pusat Transformasi Insan (PTI), telah menganjurkan Sesi Townhall Dasar Baharu Pengumpulan Mata CPD 2026 bagi memberi penerangan berkaitan pelaksanaan dasar CPD baharu iaitu pengumpulan sebanyak 40 Mata CPD setahun kepada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar USM yang menekankan komitmen berterusan universiti dalam memperkasa pembangunan bakat serta meningkatkan kompetensi warga staf selaras dengan pelan strategik Universiti yang mengutamakan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Sesi diteruskan dengan penerangan oleh Puan Nurul Izzati Rozali, Pengarah PTI berhubung pelaksanaan dasar baharu yang menetapkan keperluan pengumpulan 40 mata CPD setahun dan juga inisiatif baharu yang dilakukan bagi membantu staf mengumpul jumlah mata CPD yang diperlukan.

Program ini turut menyaksikan pelancaran Portal MyCPD Versi 3 sebagai platform rasmi pengurusan dan pemantauan latihan universiti yang sistematik, mesra pengguna dan efisien.

Sesi townhall ini turut diadakan di Kampus Kesihatan pada 23 Februari 2026. Sebanyak 85% staf telah mengikuti sesi ini di kedua-dua kampus secara bersemuka dan dalam talian sekali gus mencerminkan komitmen tinggi warga universiti terhadap agenda pembangunan profesional dan pembelajaran berterusan.

Artikel lain berkaitan program boleh dilihat pada pautan ini