LAWATAN PENANDA ARAS UKM KE PUSAT TRANSFORMASI INSAN PERKUKUH EKOSISTEM BAKAT UNIVERSITI
Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar telah menerima lawatan kunjungan daripada Bahagian Sumber Manusia dan Unit Bakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar, PTI. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan serta amalan terbaik berkaitan pembangunan sistem latihan dan pengurusan cuti belajar, cuti sabatikal serta sangkutan, selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus pembangunan modal insan institusi pengajian tinggi.
Program ini telah dihadiri oleh pegawai daripada kedua-dua universiti, termasuk Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta Puan Sarina Razak, Timbalan Pendaftar yang menjalankan fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia.
Sepanjang lawatan tersebut, pihak PTI telah menyampaikan pembentangan berkaitan struktur pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan bakat staf serta pengurusan cuti belajar, sabatikal disampaikan oleh En. Ahmad Faiz Badiozaman.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara USM dan UKM serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan latihan dan pembangunan profesional staf di institusi masing-masing.

