LEVEL UP YOUR RESOURCE MANAGEMENT: STRATEGI PINTAR URUS SUMBER SECARA OPTIMUM

16 JULAI 25 - Sebagai kesinambungan daripada program pembangunan bakat yang diperkenalkan pada tahun 2024, Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar sekali lagi menganjurkan "Level Up Your Resource Management: Insight & Strategies".
Program ini disasarkan kepada staf Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) Gred 48 hingga 52, dengan matlamat utama untuk memperkukuh kecekapan dalam pengurusan sumber secara strategik, menyeluruh dan berimpak tinggi. Ia telah disampaikan oleh barisan pakar dari Pusat Pengajian Pengurusan yang diketuai oleh Dekan, Prof. Dr. Noor Hazlina Ahmad, bersama Prof. Dr. Hasliza Abdul Halim, Prof. Madya Dr. Abdul Hadi Zulkafli dan Dr. Muhammad Shabir Shaharudin.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi praktikal dan pendekatan inovatif dalam pengurusan sumber yang meliputi aspek data & maklumat, sumber manusia serta kewangan. Para penceramah turut berkongsi pengalaman sebenar dalam menguruskan sumber di peringkat pusat pengajian, memberikan perspektif yang holistik dan relevan. Program ini membuktikan komitmen USM dalam melahirkan pentadbir yang cekap, profesional dan bersedia mengurus sumber universiti dengan lebih efektif dan berimpak tinggi.