
MEI 25 - Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan telah menganjurkan program “Leading a High Performance Organization” yang memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan berprestasi tinggi dalam organisasi.
Program ini telah disampaikan oleh Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini bin Ghani @ Ab Ghani, Pengarah Hospital Pakar USM, yang berkongsi strategi dan pendekatan kepimpinan terkini dalam membentuk pasukan kerja yang cemerlang, dinamik serta proaktif.
Program ini disertai oleh semua peringkat penyelia, bertujuan memastikan setiap lapisan pengurusan dapat bergerak seiring serta memahami peranan masing-masing dalam memastikan kelancaran dan dinamiknya operasi organisasi.
Antara pengisian utama ialah:
• Pembangunan budaya kerja berprestasi tinggi
• Penetapan hala tuju strategik berasaskan visi organisasi
• Teknik memacu kecemerlangan pasukan secara mampan
Program ini menjadi pemangkin kepada penyelia untuk terus menambah baik corak kepimpinan dan menyokong misi transformasi pentadbiran USM secara menyeluruh.