Skip to main content

PEMANTAPAN FORMAT, TATABAHASA & PENULISAN DOKUMEN RASMI UNIVERSITI

Main

18 FEBRUARI 25 - Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan program Format, Tatabahasa & Penulisan Dokumen Rasmi Universiti bertempat di Kampus Induk dan Kampus Kesihatan. 

Program yang telah dijalankan sebanyak tiga (3) siri kepada staf kumpulan staf Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan tiga (3) siri kepada staf Pelaksana ini telah disampaikan oleh Encik Roslan Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Encik Ihsanul Anwar Shamsur Rahim, Timbalan Pendaftar, Institut Pengajian Siswazah, Puan Habibah Mohamad, Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Sains Kemasyakatan dan Dr. Ezaleena Mohd Khalid, Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.



Objektif utama program ini adalah untuk membantu staf memantapkan kemahiran penulisan, memperkasakan penggunaan tatabahasa, mempelajari teknik dan format penulisan dokumen rasmi mengikut standard penulisan terkini.