
6 JULAI 25 - Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM telah menganjurkan program pembangunan diri bertajuk “Komunikasi Efektif, Pasukan Produktif”. Program sehari yang diadakan di Dewan Persidangan Kampus ini disertai oleh 49 staf dari pelbagai jabatan dan dikendalikan oleh Encik Zukernain Wook dari I-Excel Training Consulting.
Peserta didedahkan kepada teknik komunikasi berkesan, penyelesaian konflik, serta strategi membentuk pasukan kerja yang produktif melalui sesi interaktif. Inisiatif ini bertujuan memupuk budaya komunikasi profesional dan memperkukuh hubungan kerja demi kecemerlangan organisasi.