CTP - PENGURUSAN KENDERAAN UNIVERSITI

22 JANUARI 25 - Selaras ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan Universiti, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program pensijilan Credential Training Programme (CTP): Pengurusan Kenderaan Universiti yang telah dijalankan di Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan.
Program yang merupakan kesinambungan dari tahun 2024 ini telah dijalankan sebanyak lapan (8) siri pada tahun 2025 merangkumi kesemua kampus iaitu Kampus Induk (4 siri), Kampus Kejuruteraan (2 siri) dan Kampus Kesihatan (2 siri). Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada pemandu dan pegawai kenderaan yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan.
Antara penceramah yang terlibat di kesemua Kampus adalah En. Ibrahim Rapie dari Unit Audit Dalam dan Ts. Dr. Hazrieffendy Bakri, dari Jabatan Bendahari . Manakala bagi slot Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) penceramah yang terlibat adalah Encik Mohd Nurzamzairi Bin Mohd Yunus dari dan En. Mohd Hafizul Mohd Arop dari Kampus Induk, En. Mohd Firdaus Bin Yaziz dan En. Asif Abdul Rahim di Kampus Kejuruteraan manakala Encik En. Muzani Omar@Mansor, En. Mohd Saiful Amri bin Nazaruddin dan En. Salmizi bin Ismail. Antara objektif utama program ini adalah bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran pegawai serta pemandu dalam aspek pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan kenderaan Universiti dalam memastikan keutuhan peranan pegawai dan pemandu kenderaan bagi pengurusan kenderaan yang cekap dan berintegriti.