Skip to main content

WASPADA JENAYAH SIBER:
LINDUNGI DIRI ANDA

Main

13 MEI 25 - Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Waspada Jenayah Siber : Lindungi Diri Anda secara dalam talian . Program ini disampaikan oleh Inspektor Nor Fashimah Bt Hashim, Pegawai Polis dari Bahagian Jenayah Komersil, Polis DiRaja Malaysia bertujuan untuk mencegah jenayah siber yang merupakan ancaman baharu dalam era digital yang serba canggih yang berleluasa sekarang.

Kejadian jenayah siber seperti penipuan kewangan , love scam dan pencurian identiti semakin meningkat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa. Justeru, melalui kursus ini mendapat pendedahan bagamana teknik scammer melakukan penipuan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam. Program dihadiri oleh staf seramai 413 yang mana telah didedahkan dengan tips yang betul untuk urusan pembelian dalam talian dan juga nasihat untuk melindungi diri daripada terjerumus menjadi mangsa.