Skip to main content

STRATEGIC THINKING & CHANGE LEADERSHIP: THE USM APEX APPROACH

Main

3 JUN 25 - Satu sesi latihan berimpak tinggi telah dianjurkan untuk kumpulan staf Gred Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas), menampilkan Profesor Dato’ Dr. Aldrin bin Abdullah, Pengerusi Kepimpinan APEX, sebagai penceramah utama. Kursus bertajuk Strategic Thinking & Change Leadership: The USM APEX Approach ini bertujuan untuk memupuk kefahaman mendalam tentang pentingnya pemikiran strategik dan peranan kepimpinan dalam merealisasikan visi besar Universiti Sains Malaysia sebagai universiti APEX negara.

Sepanjang sesi ini, peserta telah diberi pendedahan menyeluruh mengenai sejarah, matlamat dan hala tuju USM sebagai sebuah institusi bertaraf APEX. Antara fokus utama adalah perincian Pelan Strategik USM serta penglibatan holistik warga kerja dalam memastikan perancangan dan pelaksanaannya selari dengan aspirasi transformasi universiti. Penceramah turut menekankan peranan staf sebagai pemimpin perubahan dalam organisasi, dengan menanamkan elemen tanggungjawab kepimpinan yang mampan dan berorientasikan misi.

 

Sebagai hasil pembelajaran, peserta kini lebih jelas mengenai peranan dan impak mereka dalam ekosistem APEX. Mereka bukan sahaja memahami struktur dan strategi pembangunan USM, malah bersedia untuk bertindak sebagai agen perubahan yang mampu menterjemah strategi kepada tindakan. Kursus ini menjadi medan refleksi, inspirasi dan penyatuan tenaga dalam memperkukuh budaya kepimpinan strategik demi kelestarian kecemerlangan USM.