Skip to main content

WANITA & KERJAYA:
CABARAN MASA KINI

Main

14 APRIL 25 - satu program berimpak tinggi bertajuk Wanita & Kerjaya: Cabaran Masa Kini telah diadakan secara dalam talian khususnya untuk staf wanita. Program ini disampaikan oleh Dr. Umi Khaltum Ngah, Pengerusi Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PENAWAN), yang juga merupakan figura aktif dalam memperjuangkan pembangunan wanita berkerjaya. Bermula dengan kerjaya sebagai Pensyarah Universiti yang bertugas di Kampus Kejuruteraan, USM Nibong Tebal dan beralih menjadi penulis buku pelbagai genre dan fiksyen bukan sahaja berkaitan isu-isu wanita malah pendidikan awal remaja dana dewasa.

Dalam era yang pantas berubah ini, para peserta dibimbing untuk lebih peka terhadap keperluan semasa, terutamanya dalam mengekalkan kerelevanan diri di tempat kerja. Antara intipati utama yang dikupas termasuklah kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, komunikasi berkesan, dan kecekapan teknologi – yang semakin penting dalam kerjaya moden. Program ini turut menyentuh aspek persediaan holistik wanita – bukan sahaja dari segi mental dan fizikal, malah emosi dan spiritual, termasuk dalam merancang langkah awal menuju persaraan.

Peserta berpeluang memahami strategi untuk terus bertahan, berkembang dan memberi impak sebagai wanita berkerjaya. Program ini diakhiri dengan seruan agar wanita kekal dinamik, bersedia beradaptasi, dan tidak gentar mendepani cabaran semasa.