Syarahan Pentadbir:
"Peranan Perpustakaan
dalam Menyokong Kecemerlangan Sebuah Universiti"

11 JUN 25 Syarahan Pentadbir yang bertajuk "Peranan Perpustakaan dalam Menyokong Kecemerlangan Sebuah Universiti" telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan warga Universiti. Syarahan ini mengetengahkan peranan strategik perpustakaan bukan sekadar sebagai pusat sumber maklumat, malah sebagai nadi sokongan kepada ekosistem pembelajaran, penyelidikan dan inovasi universiti.
Ketua Pustakawan telah menekankan pentingnya kerjasama erat antara perpustakaan dan pelbagai jabatan dalam memperkukuh budaya ilmu, pemerkasaan literasi maklumat serta akses terbuka kepada sumber digital yang relevan. Program ini diharap dapat memperluas pemahaman tentang nilai tambah perpustakaan dalam mencorak kecemerlangan institusi pendidikan tinggi secara menyeluruh. Program ini telah dihadiri oleh 450 peserta merentasi kampus.