UNVEILING THE TRUE "U":
SERLAHKAN POTENSI DAN KARISMA DIRI ANDA

17 JUN 2025 – Siapa diri anda di tempat kerja? Adakah anda menonjol sebagai seorang profesional yang berkredibiliti, berkeyakinan dan memberi impak? Jawapannya dibongkar dalam program penuh inspirasi anjuran Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar USM bertajuk “Professional Personality: Unveiling The True ‘U’” yang disampaikan oleh Puan Mary Anne, Perunding Imej Profesional Antarabangsa.
Program ini membuka ruang kepada peserta untuk menelusuri potensi diri sebenar, membina identiti profesional yang kukuh dan menyerlahkan keperibadian yang meyakinkan dalam setiap interaksi. Melalui pengisian yang padat, peserta turut didedahkan kepada teknik komunikasi berpengaruh, kemahiran interpersonal & intrapersonal, serta tips penampilan yang selari dengan etika profesional.
Dengan gaya penyampaian yang interaktif dan penuh motivasi, Puan Mary Anne berjaya menyuntik kesedaran bahawa setiap individu mampu menonjol sebagai pemimpin yang berkualiti dengan menguasai seni komunikasi dan imej diri yang autentik.