Pusat Transformasi Insan (PTI) terus memperkukuh kompetensi warga universiti melalui penganjuran Credential Training Program (CTP): Penyeliaan Efektif 2026 bagi Kumpulan Pelaksana yang berlangsung pada 19 hingga 20 Mei 2026 melibatkan 27 orang peserta, manakala bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) telah berlangsung pada 8 hingga 9 September 2026 seramai 37 orang peserta di Kampus Induk.
Program ini memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran penyeliaan melalui pengisian yang merangkumi Kaunseling & Motivasi, Prosedur Perundangan, Komunikasi Penyeliaan serta Pengurusan Sumber Manusia & Penilaian Prestasi. Kesemua modul dilaksanakan secara interaktif bagi membantu peserta memahami peranan penyelia dengan lebih menyeluruh serta meningkatkan keyakinan dalam mengurus, membimbing dan menyokong warga kerja di bawah seliaan masing-masing.
Turut menjadi pengisian istimewa kedua-dua siri ini turut diadakan sesi bersama Pendaftar yang menampilkan amanat dan perkongsian inspirasi oleh YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff. Dalam sesi tersebut, peserta diseru agar terus memperkukuh integriti, mengamalkan budaya kerja cemerlang serta melaksanakan amanah penyeliaan dengan penuh profesionalisme dan keteladanan.
Program ini turut dilaksanakan di Kampus Kesihatan, yang juga melibatkan seramai 58 orang staf pelaksana yang berlangsung pada 3 hingga 4 ogos 2026, manakala pada 4 hingga 5 ogos 2026 melibatkan seramai 33 orang peserta dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran).
Penganjuran Credential Training Program (CTP): Penyeliaan Efektif 2026 yang telah berlangsung di kedua-dua kampus ini diharapkan dapat melahirkan barisan penyelia yang lebih kompeten, yakin dan berdaya saing, seterusnya menyumbang kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih mantap serta pengukuhan kecemerlangan perkhidmatan USM secara berterusan.
Memperkasa penyelia dengan kemahiran mengurus, membimbing dan menyokong pasukan secara profesional, berintegriti dan berkesan.