2 OKTOBER 2025 - Pusat Transformasi Insan (PTi), USM telah menerima kunjungan penanda aras daripada delegasi Albukhary International University (AIU) yang diketuai oleh Mr. Ild, Halipa, Director, Centre for Development of Academic Excellence. 
Sesi ini diadakan bertujuan bagi berkongsi amalan baik dan kerjasama strategik antara dua (2) buah universiti dalam aspek pembangunan bakat berprestasi tinggi.
Turut hadir pada sesi ini adalah YBrs. Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar USM, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CDAE), PM Dr. Syamsul Rizal Abd Shukor serta Unit Aplikasi Akademik dan Epembelajaran, Pusat Transformasi Digital.
Pihak PTI sentiasa menyambut baik dan membuka peluang bagi sesi perkongsian ini dalam usaha memantapkan penyampaian perkhidmatan dan program pembangunan bakat USM.