Skip to main content

KUASAI PENTAS KOMUNIKASI:
RAHSIA KARISMA DIRI

Main

2 OKTOBER 2025 - Kemahiran komunikasi yang efektif dan keupayaan membina hubungan yang kukuh mempengaruhi kepimpinan yang berkesan di dalam sesebuah organisasi. Program Komunikasi Berpengaruh: Rahsia Berkarisma dan Berwibawa telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Webex dengan pengisian yang padat serta memberi impak besar kepada para peserta.

Disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman, Tuan Rizal Rashid, program ini menekankan kepentingan komunikasi yang efektif sebagai teras kepada kepimpinan, hubungan kerja yang harmoni, dan pencapaian kerjaya yang cemerlang.

Pendekatan yang digunakan merangkumi perkongsian strategi komunikasi yang praktikal dan mudah diaplikasikan dalam pelbagai situasi pekerjaan, khususnya dalam menyampaikan mesej dengan jelas, yakin dan berhemah.  Seramai 900 peserta telah hadir secara dalam talian ke program ini.