Skip to main content

PEMURNIAN DASAR CPD USM: LANGKAH STRATEGIK PERKASA MODAL INSAN ERA DIGITALISASI

Main

15 OKTOBER 2025 - Seiring dengan Hala Tuju Strategik Universiti ke arah kecemerlangan bakat berterusan, Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana pada 15 dan 16 Oktober 2025.

Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Mohd. Azizudin Mohd Shariff, Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, Puan Noor Hayati Mohammad, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan, Encik Mohd Saberi Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Hospital Pakar USM (HPUSM), Encik Hafiz Assad Zakaria, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan, Puan Sarina Razak, Menjalankan Fungsi Ketua Bahagian Sumber Manusia, tujuh (7) Ketua dan Penyelaras Skim Fungsian serta pasukan pembangun sistem Pusat Transformasi Digital.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan dasar pembangunan bakat universiti selari dengan Dasar Pembangunan Bakat Universiti Awam versi 1.0 (2024).