ETIKA & ETIKET DALAM PROFESIONALISME: KUNCI TADBIR URUS CEMERLANG
3 OKTOBER 2025 - Pemerkasaan budaya kerja yang beretika dan cemerlang dalam sesebuah organisasi merupakan asas utama yang mencerminkan imej dan profesionalisme seseorang individu. Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan program Etika & Keunggulan Dalam Profesionalisme bertempat di Hotel Eastin, Pulau Pinang. 
Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Tuan Haji Sophian Ab Rahman, Pegawai Istiadat di Istana Negara. Pada program ini peserta telah didedahkan dengan teknik etika & etiket profesional dalam pengurusan majlis rasmi universiti. Seramai 80 peserta yang terdiri daripada pegawai pengurusan majlis di PTJ dan jawatankuasa konvokesyen telah menghadiri program ini.

Pendedahan kepada nilai amanah, tanggungjawab serta komitmen akan dapat menyokong pelaksanaan tugas dan tanggungjawab staf dalam memastikan tugasan pengurusan majlis dapat dijalankan secara sistematik mengikut protokol sewajarnya.
