Skip to main content

40 STAF PENGURUSAN & PROFESIONAL (PENTADBIRAN) DAN PELAKSANA IKUTI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Main

4 OGOS 2025 - PTI telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 3/2025. Secara umumnya PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda staf di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam dan ia juga merupakan salah satu keperluan bagi memenuhi syarat wajib pengesahan jawatan staf. Melalui program ini staf dilatih membina keperibadian diri supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam di samping menyediakan staf dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. 

Program ini melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan staf pelaksana  Kampus Induk, IPPT dan juga Kejuruteraan. 

Sesi bacaan ikrar diketuai oleh Encik Mohd Firdaus Abu Mansor, Pegawai Psikologi dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan turut disaksikan oleh YBrs. En. Mohd Azizudin Mohd. Shariff, Pendaftar dan Puan Nurul Izzati Rozali, Penyelaras, Pusat Transformasi Insan.