27 OGOS 2025 - Bagi memperkasa budaya kerja berteraskan nilai murni, Pusat Transformasi Insan telah menganjurkan program Amanah Dalam Pekerjaan: Kerja Sebagai Ibadah secara dalam talian melalui platform Webex.
Program yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Farid Ravi bin Abdullah, seorang motivator dan selebriti terkenal ini memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah pekerja yang berlandaskan amanah, integriti serta tanggungjawab dalam melaksanakan tugas seharian.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat dalam meningkatkan prestasi kerja yang lebih produktif dan seimbang, malah turut memberi kesan positif terhadap kesejahteraan mental dan fizikal staf secara menyeluruh. Usaha ini selaras dengan komitmen USM dalam memperkasa modal insan yang holistik serta mendukung budaya kerja yang sihat dan berdaya tahan.