Skip to main content

PENGURUSAN EMOSI PROFESIONAL UNTUK KESEJAHTERAAN BERTERUSAN

Main

19 OGOS 2025 - Sebagai usaha dalam menyokong keperluan pembangunan sahsiah dan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga staf, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan program Rahsia Pengurusan Emosi Untuk Kesihatan Sejahtera secara dalam talian melalui platform Webex.

Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Linda Mat Hassin, Ketua Pegawai Eksekutif dari CEO Skyhill Clinic, yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan mental dan keseimbangan emosi. Sepanjang sesi berlangsung, Dr. Linda telah berkongsi pelbagai panduan praktikal berkaitan pengurusan emosi secara profesional bagi membantu staf mengawal tekanan, mengekalkan motivasi serta membina kesedaran kendiri yang tinggi. Teknik-teknik seperti refleksi diri, kawalan pernafasan serta strategi keseimbangan antara kerja dan kehidupan turut diperkenalkan sebagai alat sokongan harian.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat dalam meningkatkan prestasi kerja yang lebih produktif dan seimbang, malah turut memberi kesan positif terhadap kesejahteraan mental dan fizikal staf secara menyeluruh. Usaha ini selaras dengan komitmen USM dalam memperkasa modal insan yang holistik serta mendukung budaya kerja yang sihat dan berdaya tahan.