Skip to main content

ICT 2026: MERANGKA LATIHAN, MEMPERKASA KOMPETENSI

Main

11 NOVEMBER 2025 - Pusat Transformasi Insan (PTI) telah menganjurkan Bengkel Perancangan dan Pemantapan Latihan ICT 2026 bagi menyusun serta memperkukuh Kalendar Latihan ICT Universiti untuk tahun 2026. Bengkel ini memberi tumpuan kepada keperluan peningkatan kompetensi digital warga universiti serta penyelarasan latihan mengikut bidang dan keutamaan strategik universiti.

Pendekatan tahun ini turut mengetengahkan penglibatan bersama pentadbir dan staf akademik, sekali gus mengukuhkan sinergi dalam merangka latihan ICT yang lebih menyeluruh, relevan dan berimpak tinggi. Melalui sesi perbincangan dan perkongsian idea, para peserta telah mengenal pasti tema utama latihan ICT 2026 yang akan menjadi fokus penganjuran pada tahun hadapan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan PTI dalam memastikan pembangunan latihan ICT sentiasa responsif, relevan dan menyokong aspirasi universiti ke arah transformasi digital yang mampan.