Skip to main content

PROGRAM PENGURUSAN PELANGGAN EFEKTIF: TANGANI KRITIKAN, PACU PERKHIDMATAN

Main

23 OKTOBER 25 - Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM telah menganjurkan program “Pengurusan Pelanggan Efektif : Tangani Kritikan, Pacu Kerkhidmatan” dan memberi fokus kepada peningkatan kemahiran komunikasi dan pengurusan pelanggan dalam kalangan staf pelaksana, khususnya dalam menghadapi situasi kritikal dan aduan pelanggan secara berhemah, profesional dan berkesan.

Program ini menampilkan En. Mohd Saberi bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) sebagai penceramah utama yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan kepimpinan operasi hospital. Sepanjang sesi, penceramah berkongsi pendekatan praktikal bagaimana setiap warga perkhidmatan boleh:

  • Mengurus kritikan pelanggan dengan tenang dan empati
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui komunikasi berkesan
  • Membangunkan budaya kerja berorientasikan penyelesaian dan hasil
  • Memupuk sikap positif dalam mengekalkan imej profesional universiti.

Para peserta turut terlibat dalam perbincangan interaktif dan simulasi situasi sebenar bagi memperkukuh kefahaman serta kemahiran aplikasi dalam tugas harian. Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh kemahiran penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif serta membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran pelanggan pelbagai latar. Pusat Transformasi Insan terus komited untuk melaksanakan inisiatif latihan yang relevan dan berimpak tinggi bagi memperkasa modal insan USM — ke arah budaya kerja cemerlang dan berintegriti.