KOMPETENSI TERAS PEMYAMPAIAN PERKHIDMATAN
6 OKTOBER 25 - Dalam era persaingan dan perubahan pantas, keupayaan untuk menyampaikan Service Excellence menjadi keutamaan setiap organisasi perkhidmatan. Ia bukan sahaja kunci untuk mengekalkan pelanggan, malah menjadi jambatan untuk menarik pelanggan baharu, memperoleh kepercayaan dan meningkatkan reputasi serta keberhasilan organisasi. 
Program Kompetensi Teras Penyampaian Perkhidmatan ini dirangka bagi memberi kesedaran, minat serta pengetahuan dan kemahiran kepada warga kerja USM agar sentiasa berdaya saing serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pengalaman terbaik kepada semua pihak berkepentingan universiti.
Pada kali ini, seramai 3 penceramah ditampilkan iaitu Profesor Dr. Zafarina Zainuddin, Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABRC) , Cik Nur Mariyam Musa _ Timbalan Pendaftar -Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan Ts. Zaiyana Bt Mohamed Hussain – Pegawai Teknologi Maklumat untuk mengendalikan dua siri program ini yang diadakan 6-7 Oktober 2025.

Program ini bertujuan untuk menyemai nilai cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan dengan memperlengkapkan peserta dengan pegetahuan, kemahiran dan kebolehan serta kualiti peribadi yang diperlukan untuk mencapai tahap tertinggi dalam penyampaian perkhidmatan . Hasil daripada program ini, para peserta diharapkan dapat menyediakan perkhidmatan bertaraf tinggi dan memenuhi jangkaan warga dan pemegang taruh USM. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih efisien, inovatif dan berintegriti di kalangan seluruh warga USM. 