Skip to main content

Podcast TaLKS Siri 2/2025:
Dari Pengalaman ke Inspirasi

Main

1 OGOS 25 - Podcast Talent Knowledge Sharing (TaLKS) Siri 2/2025 yang telah berlangsung baru-baru ini sekali lagi membuktikan komitmen Universiti Sains Malaysia dalam memperkasa budaya ilmu dan kepimpinan melalui perkongsian pengalaman sebenar warga pentadbiran.

Siri kali ini menampilkan panel daripada kalangan Penolong Pegawai Tadbir dan Ketua Pembantu Tadbir Kanan yang berkongsi kisah kerjaya, cabaran perkhidmatan, serta nilai-nilai profesionalisme yang membentuk kecemerlangan pentadbiran universiti. Perkongsian yang bersahaja namun sarat dengan inspirasi ini membuka ruang kepada pemahaman lebih mendalam tentang peranan penting yang dimainkan oleh golongan pelaksana dalam menjayakan misi universiti.

Podcast TaLKS merupakan inisiatif yang dikendalikan oleh Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar, sebagai platform pembangunan bakat dan pengiktirafan terhadap kepelbagaian pengalaman serta kepakaran yang wujud dalam kalangan warga pentadbiran USM. Siri ini bukan sahaja menjadi wadah penceritaan pengalaman, tetapi juga mengangkat suara yang jarang didengari ke pentas utama — dengan harapan dapat menyuntik semangat kepada warga kerja lain untuk terus berkarya dan berbakti dengan penuh dedikasi.