SAYANGI DIRI, SEJAHTERA
PRESTASI: TERAPI KENDIRI UNTUK KESEJAHTERAAN STAF

7 MEI 25 – Program Terapi Diri: “I Love Myself” anjuran PTi membuka ruang refleksi kepada peserta untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesihatan emosi.
Disampaikan oleh tokoh tersohor dalam bidang kaunseling, Professor Dr. Mohammad Aziz Shah (Prof. MAS) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), program ini membuka ruang kepada para peserta untuk melihat ke dalam diri, menyelami kekuatan emosi dan memperkukuh kesedaran kendiri sebagai asas kesejahteraan hidup dan kerja.
Prof. MAS membimbing peserta meneroka teknik pemulihan kendiri, pemantapan kecerdasan emosi, serta membina sikap positif dan profesional dalam menangani cabaran tugas harian. Program ini turut menekankan bahawa menyayangi diri adalah kekuatan dalaman yang membawa kepada kehidupan yang lebih seimbang dan produktif.