SESI LIBAT URUS BERSAMA
NAIO DAN CELCOMDIGI AI EXPERIENCE CENTRE (AiX)
29 SEPTEMBER 2025 - Menerajui Agenda Pembangunan Bakat Berprestasi Tinggi, Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan Program Sesi Libat Urus bersama Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dan Celcomdigi AI Experience Centre (AiX) di bawah inisiatif Administrative Outreach Programme (AOP).
Program ini melibatkan 26 peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) serta Pelaksana meliputi Kampus Induk, IPPT, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga HPUSM.
YBrs. Tuan Shamsul Izhan Abdul Majid selaku Ketua Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) telah berkongsi tentang peranan strategik NAIO serta inisiatif pendigitalan yang telah dilaksanakan oleh pihak NAIO diperingkat nasional dalam memacu teknologi pendigitalan dan AI Malaysia.

Peserta turut dibawa ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) yang merupakan pusat inovasi digital milik CelcomDigi Berhad. Ianya berperanan sebagai hab teknologi untuk memacu transformasi digital menerusi kecerdasan buatan (AI), analitik data, automasi kecekapan proses kerja serta penyelesaian digital bersepadu.