Skip to main content
Admin Login

KECEKAPAN MENGURUS SUMBER MANUSIA PEMANGKIN KEJAYAAN ORGANISASI

Main

25 SEPTEMBER 2025 - Pengurusan sumber manusia yang berkesan merupakan kunci kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bijak mengurus orang bawahan dapat meningkatkan motivasi, kerjasama, dan prestasi kerja ke arah pencapaian matlamat dan kecemerlangan pasukan secara menyeluruh. Dalam memantapkan pengurusan sumber manusia, program Mastering People Management For Organizational Success dianjurkan oleh PTi secara bersemuka bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II.

Program ini telah disampaikan oleh Tuan Syed Abdul Aziz Al-Qubro yang merupakan Jurulatih Utama, Mindheart Mastery. Dengan pengalaman yang meluas dalam bidang pengurusan sumber dan penglibatan secara langsung dengan program pembangunan diri staf di agensi-agensi luar, Tuan Syed juga turut berkongsi tips dan teknik bagaimana mengurus staf dengan bakat kepimpinan sedia ada.

Secara umumnya program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bakat dan prestasi staf secara strategik dengan memberikan fokus kepada kemahiran komunikasi, motivasi diri, serta penyelesaian konflik dalam pengurusan pasukan. Di samping itu juga, peserta turut digalakkan untuk membentuk budaya kerja kolaboratif dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi.