SETIAUSAHA – LAMBANG KEPERCAYAAN & INSPIRASI DI UNIVERSITI
11 NOVEMBER 2025 - Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), menutup tirai Siri Podcast TaLKS 2025 dengan topik Setiausaha & Kesetiaan: Lambang Kepercayaan & Inspirasi.
Program ini menampilkan tiga figura hebat dalam perjawatan kesetiausahaan USM, iaitu Pn. Noorzila Zainan (Pejabat Naib Canselor), Pn. Noorieizhan Lahazan (Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pn. Mazlina Mohamad (Pejabat Pendaftar). En. Yusmadi Norashid merupakan moderator bagi Podcast kali ini. Sesi ini mengetengahkan pengalaman sebenar mereka dalam mengurus urusan pentadbiran dengan teliti, amanah, dan penuh dedikasi, sekali gus menegaskan peranan penting setiausaha sebagai lambang kepercayaan dan sumber inspirasi dalam organisasi universiti.

Siri Podcast TaLKS 2025 ini merupakan platform perkongsian ilmu dan inspirasi, yang meraikan kepelbagaian bakat warga universiti dan menekankan kepentingan integriti, ketekunan, dan semangat kerjasama dalam membina profesion setiausaha yang relevan pada era masakini. Seramai 600 penonton telah menyaksikan Podcast pada kali ini.