Skip to main content
Admin Login

PENTADBIR MASA HADAPAN: PTI PERKASA TADBIR URUS PINTAR MELALUI AI

Main

PULAU PINANG - Program AI Driven Intelligence for Administrator merupakan salah satu program penjanaan kewangan anjuran Pusat Transformasi Insan (PTI) pada tahun ini. Ianya telah berjaya dilaksanakan pada 13–14 September 2025 bertempat di G Hotel Kelawai, Gurney dengan penglibatan peserta daripada Universiti Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Seremban.


Sepanjang dua hari sesi latihan, para peserta diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan konsep, strategi serta aplikasi AI dalam meningkatkan kecekapan urus tadbir, mempercepat proses membuat keputusan dan memacu inovasi dalam perkhidmatan organisasi. Pendekatan latihan yang interaktif turut membantu peserta memahami potensi AI sebagai enjin penggerak transformasi digital pentadbiran moden.

Penganjuran ini membuktikan komitmen PTi dalam menyokong agenda transformasi digital negara serta memperkukuh jaringan kolaboratif antara universiti, kementerian dan pihak berkuasa tempatan. Kejayaan ini juga menjadi titik tolak kepada pelaksanaan siri-siri lanjutan program bersifat futuristik di bawah inisiatif pembangunan bakat pentadbiran PTI.