Skip to main content
Admin Login

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : USM PERKASA MODAL INSAN SEKTOR AWAM

PTM

16 JUN 25 - Program Transformasi Minda (PTM) merupakan program latihan kompetensi asas yang diwajibkan oleh Kerajaan kepada penjawat awam lantikan tetap sebelum disahkan dalam perkhidmatan. Seiring dengan kepakaran dan rekod kecemerlangan dalam penganjuran program ini sejak 2013, Pusat Transformasi Insan (PTi), Universiti Sains Malaysia (USM) kini memperluaskan penawaran Program Transformasi Minda kepada agensi luar dan badan berkanun.

PTM

Penawaran ini memberi peluang kepada agensi/institusi luar untuk mendapatkan program berstruktur dan komprehensif yang dibangunkan berdasarkan garis panduan Bahagian Perkhidmatan, JPA, serta disokong oleh tenaga pengajar bertauliah, berpengalaman dan berintegriti tinggi. Modul yang ditawarkan bukan sahaja menekankan kefahaman terhadap nilai perkhidmatan awam dan etika kerja, malah merangkumi pembangunan sahsiah, pemikiran strategik serta semangat patriotisme.

Di antara agensi yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Lembaga Kemajuan Wilayah Luar Bandar (PERDA), Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Lembaga Muzium Pulau Pinang.

PTM2

Langkah ini juga membuktikan komitmen USM dalam menyumbang secara langsung kepada pembangunan modal insan negara, khususnya dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang, berdaya tahan dan beretika dalam kalangan penjawat awam pelbagai agensi.

PTM3