Global searching is not enabled.
Skip to main content

Kursus e-MyCPD

SERVICE DELIVERY
Struktur Kursus (Lihat)
TIPS PENULISAN MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Card image
Penceramah: PUAN SARINA BINTI RAZAK
Jawatan: PEGAWAI TADBIR N52
27 Jan 2022 - 27 Jan 2022
2 Mata CPD
Permohonan: 0

SINOPSIS KURSUS

Mesyuarat amat penting untuk mencapai sesuatu keputusan dengan cepat dan tepat.
Untuk memastikan sesuatu mesyuarat itu berjalan lancar dan dengan jayanya bergantung kepada bagaimana ia dikendalikan dan yang lebih penting, apa yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Hanya melalui pengambilan dan penulisan minit mesyuarat yang tepat sahaja hadirin ke mesyuarat tersebut dapat mengingati apa yang dibincangkan serta apa tindakan yang perlu diambil.
Oleh itu, pencatat minit, atau setiausaha mesyuarat, perlu tahu dan mahir dalam tugasnya agar semua yang menerima dan membaca minit mesyuarat kelak faham serta tahu tanggungjawab masing-masing selepas mesyuarat selesai.

OBJEKTIF KURSUS

Antara objektif bengkel ini adalah:

- Memberi kefahaman serta pendedahan kepada peserta mengenai pentingnya minit mesyuarat;
- Melatih peserta bagaimana menguruskan mesyuarat dan minit dengan berkesan;
- Mempraktikkan format yang tepat dalam mencatat dan merekod minit dalam mesyuarat;
- Mengetahui dengan tepat gaya bahasa yang sesuai dalam penulisan minit dan dokumen lain berkaitan mesyuarat;
- Meningkatkan keyakinan diri dengan pengambilan dan penulisan minit yang tepat dan effektif


Kursus telah selesai