PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Jawatan:
10 Mar 2022 - 10 Mar 2022
3 Mata CPD
Permohonan: 0
Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Oleh itu adalah diharapkan program ini dapat memberi maklumat tentang siapa mangsa dan pelaku gangguan seksual, kefahaman mereka terhadap konsep ini dan bentuk-bentuk gangguan yang kerap dilakukan. Dengan ini, pihak-pihak yang berkuasa boleh menjadikannya sebagai landasan untuk mencari kaedah pencegahan kepada perlakuan gangguan seksual di tempat kerja.
Untuk mengenalpasti personaliti mangsa dan pelaku gangguan seksual di tempat kerja, disamping itu ingin mengenal pasti bentuk-bentuk tingkah laku gangguan seksual yang kerap berlaku di tempat kerja dan tahap kefahaman mangsa tentang maksud gangguan seksual ini. Ia akan dapat mencetuskan idea dan menambah maklumat untuk mencari jalan penyelesaian ke arah merungkai masalah gangguan seksual di tempat kerja.
Kursus telah selesai