Skip to main content

Login Form

MENERAJUI MASA DEPAN: INISIATIF TENAGA SOLAR UNTUK KEWANGAN DAN KELESTARIAN UNIVERSITI

23 Oktober 2024 – Pusat Tranformasi Insan telah berjaya menganjurkan syarahan pentadbir secara dalam talian bertajuk "Inisiatif Tenaga Solar bagi Penjanaan Kewangan Universiti dan Kelestarian". Syarahan ini dihadiri oleh lebih 350 peserta dari kalangan staf pentadbiran dan akademik.

Syarahan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Salmi Ismail, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Projek, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF). Beliau merupakan ketua projek bagi inisiatif pemasangan solar USM dimana ianya meruapakan salah satu inisitaif dalam pengurusan sumber dan kelestarian Universiti.

Beliau menyampaikan pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai potensi tenaga solar sebagai salah satu inisitaif untuk membantu universiti dalam menjana kewangan tambahan disamping mencapai objektif kelestarian yang telah memberikan impak positif kepada alam sekitar dan pengurangan kos tenaga.

Dalam syarahan tersebut, beberapa aspek penting telah dibincangkan antaranya adalah berkaitan peranan staf yang boleh disumbangkan dalam membantu Universiti bagi penjimatan tenaga dan kepentingan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam usaha memelihara alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon universiti.

Program ini mendapat maklum balas yang positif dari peserta yang menyifatkannya sebagai satu langkah penting ke arah membina universiti yang lebih mampan. Diharap dengan perkongsian ini, ianya mampu untuk terus mendorong inovasi dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian dalam kalangan semua warga universiti.