POGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)
23 - 27 SEPTEMBER 2024 – Pusat Transformasi Insan (PTi), Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) kepada staf agensi luar iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Program yang diadakan secara bersemuka ini telah berlangsung selama 5 hari mulai 23 September 2024 (Isnin) sehingga 27 September 2024 (Jumaat)
Pada PTM kali ini, MBPP telah menghantar 15 orang peserta yang terdiri daripada staf pentadbiran manakala selebihnya adalah pada tahun 2025. Kesemua dua belas (12) modul telah disampaikan oleh penceramah USM berdasarkan tajuk slot yang telah dijadualkan. PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda staf di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam dan ianya merupakan syarat wajib kepada semua penjawat awam bagi pengesahan jawatan.
Kandungan program ini telah memberi penekanan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan am perkhidmatan awam. Melalui PTM juga staf didedahkan dengan nilai kerja berpasukan disamping membina keperibadian diri supaya lebih berketerampilan di samping menyediakan staf dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.