INISIATIF BAHARU : PTM JULUNG KALI DIPERKENALKAN KEPADA STAF PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK KONTRAK)
13 MEI 2024 – Selari dengan pembangunan profesionalisme staf Universiti Sains Malaysia, Program Transformasi Minda (PTM) telah diperkenalkan buat pertama kalinya kepada staf Pengurusan & Profesional (Akademik Kontrak). PTM adalah merupakan sebagai salah satu syarat wajib pengesahan jawatan bagi pegawai lantikan baharu.
Program yang julung kali diadakan ini telah dijalankan sebanyak dua siri melibatkan 80 staf akademik (lantikan kontrak) dari Kampus Induk dan Kejuruteraan yang telah berlangsung selama 5 hari secara bersemuka.
Turut hadir ke program YBrs. En. Mohd Azizudin Mohd. Shariff, Pendaftar, Universiti Sains Malaysia bersama Puan Nurul Izzati Rozali, Penyelaras, Pusat Transformasi Insan bagi menyaksikan bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh Dr. Mohamad Al-Zaim Bin Omar, Pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Kampus Kejuruteraan bagi PTM Siri 1 dan Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Syamsul Nasyriq Bin Samsol Baharin, Pensyarah dari Institut Penyelidikan Dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR) bagi Siri 2.
Mohd Azizudin Mohd. Shariff berkata, sebagai seorang staf yang berwibawa dan bertanggungjawab staf perlu memastikan kualiti kerja yang cemerlang dan berintegriti disamping sentiasa mengambil peluang dalam meningkatkan kompetensi dan keupayaan diri bagi menyumbang kepada kecemerlangan universiti.