Skip to main content

Login Form

KUASAI PENGURUSAN SUMBER BAGI MEMBINA KOMPETENSI PENYELIAAN DINAMIK

10 JUN 2024 – Bagi memantapkan kompetensi kepimpinan penyeliaan pihak Pusat Transformasi Insan (PTi) telah menganjurkan Program Pensijilan Profesional (CTP) Penyeliaan Efektif.

Program ini merupakan kesinambungan daripada siri terdahulu yang telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan pada tahun ini sebanyak 5 siri program telah dijalankan bermula 10 Jun 2024 sehingga 14 Ogos 2024. Seramai 206 peserta telah hadir terdiri daripada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pelaksana yang telah dinaikkan pangkat pada tahun 2022 & 2023 di Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan.



Antara fokus utama program ini adalah bagi memantap dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam bidang penyeliaan yang merangkumi aspek komunikasi, pengurusan sumber manusia, penilaian prestasi dan tatatertib staf. Latihan ini turut membantu penyelia baharu dalam membina karakter sebagai penyelia yang lebih efektif.